Analisis GOLD – Emas Kembali Bersinar, Harga Lonjak Di Sesi Asia

634

Pengukuhan US dolar yang masih dikekalkan di awal minggu menjadi faktor menekan harga emas jatuh sedikit rendah di sesi New York semalam.

Data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan lebih baik berbanding Eropah untuk bulan Julai, menyokong pengukuhan US dolar menjelang mesyuarat FOMC.

Namun, situasi berubah pada dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa) susulan perkembangan dari China dengan laporan kerajaan akan melaksanakan langkah rangsangan untuk menyokong pemulihan ekonomi negara.

Hal ini telah kembali memulihkan tekanan terhadap emas dengan memaparkan lonjakan nilainya semula sementara US dolar mula menyusut.

Situasi ini dapat diperhatikan pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar ketika penurunan harga semalam telah mencecah sekitar 1954.00.

Lonjakan berlaku pada sesi Asia sebentar tadi ke paras 1963.00 dengan paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dengan petunjuk perubahan trend diperhatikan pelabur.

Sekiranya harga kembali pamer penurunan semula, paras 1950.00 dilihat menjadi sasaran untuk dituju dan diuji seperti minggu lalu.

Namun jika tembus lebih rendah, harga akan meneruskan pergerakan trend bearish dengan jangkaan menuju zon RBS (resistance become support) pada 1930.00 sebelum paras 1920.00 pula jadi tumpuan berikutnya.

Namun jika lonjakan sebentar tadi diteruskan pada sesi-sesi berikutnya, paras ketinggian dicapai minggu lalu sekitar 1987.00 bakal dicabar harga semula.

Paras ketinggian terbaru berkemungkinan mampu dicatatkan jika momentum bullish dikekalkan dan sasaran lebih tinggi untuk emas akan beralih ke paras 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat