Analisis GOLD – Emas Kini Berisiko Di Bawah Zon $2,030!

850

Dagangan emas masih positif di penghujung minggu ini? Atau sudah mula beri petanda amaran kepada para pelabur?

Pada dagangan Khamis semalam, kenaikan harga diperlihatkan di atas paras $2,030 ketika US dolar bergerak lemah di sesi Eropah.

Namun, selepas situasi berubah pada sesi berikutnya, pengukuhan semula US dolar telah menekan harga emas jatuh semula ke paras lebih rendah dari pembukaan sesi sebelumnya.

Pergerakan harga yang berlaku boleh diteliti pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Pada mulanya kenaikan harga berjaya capai ketinggian sekitar 2035.00 sebelum harga berundur turun semula ke bawah zon 2030.00 itu.

Di sesi New York, harga telah jatuh mencecah 2020.00 berhampiran paras yang turut diuji pada hari sebelumnya.

Peningkatan perlahan harga berlaku semula sehingga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat), namun harga gagal melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD ketika menghampiri zon 2030.00.

Penurunan agak ketara telah dipaparkan pada pembukaan sesi Eropah dan harga telah telah melepasi paras yang dicecah semalam.

Isyarat bearish ini akan memberi jangkaan untuk harga membuat penurunan menuju hingga ke zon tumpuan 2000.00.

Namun jika harga berupaya untuk membuat kenaikan semula melepasi halangan MA50 dan zon 2030.00, pergerakan bullish sebelum ini masih boleh diteruskan lagi.

Seterusnya barulah kenaikan akan menuju paras tumpuan pada 2050.00 pula.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat