Analisis GOLD – Emas Lonjak Paras Tertinggi Dalam Sejarah, Tapi Terjun Parah Semula!

4,697

Dagangan emas hadirkan kejutan pada pembukaan awal minggu ini setelah keterujaan pelabur pada corak pergerakan harga di penutup minggu lalu.

US dolar kekal menjadi pemacu pergerakan harga emas yang berterusan mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang berlegar mendatar di bawah paras 2050.00 minggu lalu telah berjaya melonjak di sesi terakhir mencapai paras harga 2070.00.

Tidak berhenti setakat itu, harga emas mencanak dengan begitu ketara pada pembukaan sesi Asia di awal minggu ini sehingga harga tembus sekitar 2140.00.

Mencipta sejarah baru, ini menjadi rekod harga paling tinggi yang pernah emas catatkan sepanjang masa (all-time-high).

Namun, beranjak ke dagangan memasuki sesi Eropah pula, harga emas kembali menjunam semula mengurangkan kembali keuntungan yang diraih sebelumnya.

Malah harga terjun lebih rendah melepasi paras 2070.00 dan dilihat menuju ke paras tumpuan 2050.00 semula.

Penurunan ke paras 2050.00 bakal menguji juga garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang akan memberi isyarat kepada pelabur untuk bersedia sekiranya perubahan trend harga bakal berlaku.

Jika tembus lebih rendah, penurunan lanjut emas akan dijangkaka untuk kembali menghampiri semula zon tumpuan pada dagangan November lalu.

Antara yang akan menjadi sasaran harga adalah pada sekitar 2030.00 atau lebih rendah iaitu pada zon penting 2000.00.

Namun jika lonjakan harga dipamerkan semula, harga akan kembali mengekalkan momentum bullish dan mencapai semula paras ketinggian 2140.00.

Dan tidak mustahil juga untuk harga terus memburu rekod puncak tertinggi terbaru ATH dengan situasi penyusutan US dolar dan kelebihan kepada emas.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat