Pergerakan harga pada pasaran kewangan mula dilihat membuat ‘u-turn’ semula pada penghujung minggu.
Namun, pelabur komoditi masih positif mengharapkan dagangan emas untuk kekal meneruskan kenaikan bersambung pada minggu ini.
Pada minggu lalu, harga emas telah berjaya melonjak melepasi paras $1,800 per auns susulan reaksi pasaran selepas mesyuarat FOMC.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan sehingga $60 dari paras terendah 9 minggu pada $1,753 sehingga ke paras $1,814.00.
Namun menutup dagangan penghujung minggu, harga susut semula ke paras sekitar $1,800 tersebut dan berlegar di sekitarnya pada dagangan yang bersambung pada awal minggu ini.
Sejak sesi Asia hingga ke sesi Eropah hari ini, harga dilihat masih bergerak di paras $1,800 yang turut menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Kenaikan yang berjaya diteruskan bakal menguji kembali zon rintangan 1810.00 yang diuji minggu lalu sebelum meneruskan kenaikan lebih tinggi ke sasaran harga 1830.00.
Walaupun begitu, pelabur harus berwaspada ekoran pengukuhan yang dipamerkan semula oleh US dolar boleh menekan semula harga emas untuk kembali susut.
Untuk jangkaan corak penurunan harga, pergerakan di bawah paras 1800.00 akan mendorong harga menuju ke paras sekitar 1780.00 terlebih dahulu sebelum menyambung penurunan lebih rendah ke zon 1760.00.
Perkembangan penularan varian Omicron akan terus dipantau pada minggu ini yang mempengaruhi pergerakan harga emas dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG