Analisis GOLD – Emas Masih ‘Berpaut’ Di Titian $1,745

887

Walaupun menerima tekanan ekoran pengukuhan US dolar selepas mesyuarat FOMC minggu lalu, dagangan emas masih lagi bertahan di atas zon $1,745 yang menjadi zon support buat harga emas.

Sentimen pasaran yang dilihat sedikit pulih pada penghujung minggu lalu gagal menyokong kenaikan harga emas yang kehilangan tarikan sebagai aset safe-haven, dan dilihat pergerakan harga lebih dipacu oleh perubahan nilai US dolar dalam pasaran.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pelabur telah menyaksikan penurunan harga emas masih belum berjaya melepasi zon support 1745.00 yang diuji 2 minggu berturut-turut.

Selepas menamatkan dagangan di sekitar zon support tersebut pada penghujung minggu lalu, harga memulakan dagangan pada minggu ini dengan lonjakan awal pada sesi Asia.

Namun, kenaikan harga terhalang pada zon SBR (support become resistance) 1765.00 sebelum penurunan harga dipaparkan semula pada sesi Eropah.

Support 1745.00 sekali lagi bakal diuji untuk memberikan isyarat pergerakan harga emas selanjutnya.

Sekiranya penurunan lebih rendah diteruskan melepasi support tersebut, pergerakan trend bearish harga yang lebih jelas dilihat akan menuju ke zon support tumpuan sebelum ini iaitu pada 1700.00.

Namun jika support 1745.00 masih berjaya membendung kejatuhan harga emas pada minggu ini, kenaikan semula harga akan memberi tumpuan pada paras-paras rintangan sebelum ini.

Selepas melepasi zon SBR 1765.00, kenaikan seterusnya akan menguji pula zon SBR 1785.00 yang menjadi rintangan mingguan harga pada kenaikan minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi seterusnya akan kembali zon ‘magnet’ harga emas sebelum ini iaitu pada zon 1800.00 untuk pelabur menilai reaksi harga emas pada zon tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat