Analisis GOLD – Emas Masih Terumbang Ambing Atas Zon Harga $2,300

462

Dagangan emas suram pada pembukaan awal minggu semalam dengan corak peningkatan harga pada Jumaat lalu gagak diteruskan.

Sentimen pasaran global yang memulih menyukarkan peningkatan harga emas ekoran tarikan yang menurun terhadap aset safe-haven.

Selain itu, mata wang US dolar yang dijangka akan terus bergerak kukuh pada minggu ini akan menjadi faktor memberi tekanan kepada dagangan emas semasa.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, paras ketinggian 2336.00 pada dagangan Jumaat lalu gagal dicapai semula pada Isnin semalam.

Sebaliknya harga menyusur turun ke sekitar 2310.00 di sesi New York semalam sebelum meningkat sedikit sehingga menyambung ke pembukaan sesi Asia pagi ini (Selasa).

Harga kembali susut semula di bawah garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD di awal sesi Eropah hari ini untuk memberi isyarat pergerakan bearish buat emas.

Penurunan harga dijangka akan melepasi paras semalam sebelum menuju semula zon tumpuan minggu lalu iaitu 2300.00.

Untuk penurunan lebih rendah yang diteruskan, harga bakal mensasarkan zon sekitar 2270.00 untuk catatkan paras terendah terbaru 11 minggu.

Namun, sekiranya harga berjaya melonjak semula selepas ini, sasaran awal adalah untuk mengatasi paras ketinggian pada minggu lalu.

Seterusnya, kenaikan boleh disasarkan kembali untuk menuju ketinggian 2380.00 yang dilihat sebagai halangan untuk harga uji.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat