Analisis GOLD – Emas Melantun Semula Setelah Cecah Paras $1,700

808

Pergerakan komoditi emas yang diteliti sehingga sesi dagangan pada penghujung minggu lalu dilihat bergerak susut ke zon harga $1,700 untuk rekod paras terendah sejak Ogos 2021.

US dolar yang memacu perubahan nilai emas dalam pasaran dilihat tidak berjaya meneruskan pengukuhan pada penghujung minggu lalu selepas prestasi cemerlang dipaparkan sebelumnya yang dijangkakan berlakunya aktiviti pengambilan untung (profit taking) oleh para pelabur.

Namun walaupun bergerak lemah sehingga bersambung pada pembukaan awal minggu ini, US dolar berpotensi untuk mengukuh semula dengan sentimen pasaran yang masih berisiko dan tumpuan yang bakal terarah semula terhadap pengetatan dasar oleh Federal Reserve (Fed).

Sementara itu, pelabur akan memantau penerbitan beberapa data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini seperti tuntutan pengangguran serta data sektor pembuatan dan perkhidmatan AS sebelum tumpuan akan beralih kepada mesyuarat FOMC minggu berikutnya.

Fed diramalkan untuk sekali lagi menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk kali kedua berturut-turut sebagai langkah agresif bank pusat dalam menentang risiko inflasi yang terus memuncak ke paras kritikal.

Perhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah berlegar perlahan di zon 1700.00 sehingga dagangan penghujung minggu lalu.

Namun sedikit pemulihan daripada kerugian, harga emas dilihat meningkat semula pada dagangan yang bersambung pada pembukaan pada sesi Asia pagi ini (Isnin) dan diteruskan bersambung ke sesi Eropah ke paras sekitar 1720.00.

Kenaikan itu juga dilihat telah berjaya menembusi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang mencetus isyarat awal untuk perubahan trend bullish buat emas.

Jika corak peningkatan tersebut berjaya diteruskan, harga yang melepasi zon rintangan harga 17200.00 seterusnya akan melanjutkan kenaikan ke zon rintangan pada 1760.00 pula.

Untuk jangkaan tempoh lebih panjang bagi jangkaan pergerakan bullish harga, kenaikan lebih tinggi akan mencapai semula ke zon 1785.00 atau zon tumpuan 1800.00.

Sebaliknya jika harga kembali susut semula dari paras 1720.00, berkemungkinan trend bearish sebelum ini akan diteruskan dan harga bakal kembali semula ke zon support 1700.00.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan mencatatkan paras terendah terbaru 11 bulan buat emas dengan sasaran seterusnya untuk mencecah sekitar paras 1680.00 yang merupakan paras sokongan harga pada dagangan Mac 2021 yang lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat