Analisis GOLD – Emas Sasar Kenaikan Harga Hingga $2,030?

2,035

Dagangan emas dilihat cemerlang meneruskan pengukuhan nilainya pada awal minggu ini dengan lonjakan harga dilihat seawal sesi Asia bermula pada Isnin semalam.

Aset logam kuning itu kekal mendapat tarikan ketika situasi penyusutan berterusan US dolar sehingga minggu lalu dengan penganalisis menjangkakan penyusutan US dolar akan berlarutan lagi.

Pelabur bagaimanapun tetap berwaspada ketika memerhatikan pergerakan harga emas yang berada di atas zon penting $2,000.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang memulakan dagangan di awal minggu di atas paras 2000.00 telah melonjak di sesi Asia semalam mencapai ketinggian 2018.00.

Namun dagangan yang bersambung ke sesi Eropah dan New York dilihat mendatar di bawah paras tersebut sehingga diteruskan pula pada hari ini.

Walaupun mendatar, penganalisis masih menjangkakan bullish buat pergerakan emas yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Pergerakan harga perlahan hingga sesi Eropah, namun berkemungkinan situasi akan bertukar rancak di sesi berikutnya ketika pelabur menantikan terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) sebentar lagi.

Jika harga emas terus mendaki, sasaran adalah untuk menuju sekitar 2030.00 dan menguji zon tumpuan tersebut.

Jika tembus lebih tinggi, sasaran akan beralih pula hingga ke ketinggian 2050.00.

Namun jika harga emas kembali ditekan jatuh semula, reaksi menarik harga dijangka akan diperlihatkan ketika mencecah paras 2000.00.

Akan menjadi isyarat bearish buat emas apabila harga susut di bawah 2000.00 setelah menembusi paras sokongan MA50.

Pergerakan menurun harga jika berlaku boleh kembali menuju semula ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti 1980.00 atau 1950.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat