Analisis GOLD – Emas Terus Bergelut Untuk Bolos Hadangan $2,030

731

Tidak menunjukkan pergerakan yang ketara, namun pelabur gelisah melihatkan harga emas paparkan sedikit penurunan ketika tumpuan terarah pada laporan minit mesyuarat FOMC.

Mujur sahaja pengukuhan US dolar tidak berterusan, membuatkan harga emas kembali pulih semula untuk menyambung dagangan pada hari ini.

Pergerakan harga emas walau bagaimanapun masih dilihat berlegar pada zon penting $2,030 beberapa hari ini sementara pelabur nantikan petunjuk-petunjuk terbaru.

Pelabur terus memerhatikan pergerakan di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar menuju dagangan penghujung minggu.

Masih memberi isyarat untuk meneruskan pergerakan bullish, harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut selepas turut mengujinya ketika laporan minit FOMC diterbitkan.

Corak pendakian perlahan harga diperlihatkan hari ini (Khamis) sedikit melepasi paras 2030.00 di awal sesi Eropah.

Kenaikan positif harga yang berjaya diteruskan hingga sesi-sesi berikutnya dijangkakan untuk menyentuh paras tumpuan pada 2050.00.

Kali terakhir harga didagangkan di paras tersebut adalah pada awal Februari lalu selepas harga merudum pada minggu-minggu kebelakangan ini.

Pelabur akan bersedia dengan risiko kejatuhan harga sekiranya pergerakan mula bermain di bawah zon 2030.00 semula sebagai petanda amaran.

Selepas terdapat faktor yang menekan harga emas jatuh lebih rendah, sasaran terhampir untuk harga tuju adalah pada paras 2000.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat