Analisis GOLD – Emas Terus Gah ‘Terbang’ Atas Paras $2,000

1,189

Dalam debaran menantikan pergerakan harga di zon kritikal, pelabur emas tersenyum gembira pada pembukaan awal minggu ini apabila nilai komoditi logam kuning berharga itu paparkan lonjakan lagi.

Harga emas yang didagangkan di atas paras $2,000 pada pembukaan sesi Asia pagi ini (Isnin) kemudiannya telah pamerkan kenaikan lebih tinggi mencatatkan paras tertinggi terbaru sejak Mei lalu.

Faktor mendorong tarikan terhadap emas adalah berikutan tekanan ke atas mata wang US dolar yang dilihat akan berterusan menuju mesyuarat FOMC pada Disember.

Petunjuk terbaru berdasarkan data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) minggu ini akan terus diperhatikan untuk pasaran menilai kecenderungan dasar monetari Federal Reserve (Fed) selanjutnya.

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diberi tumpuan pada minggu lalu dengan paras penting adalah sekitar 2000.00.

Jika diperhatikan, harga telah menguji zon tersebut pada kenaikan di awal minggu namun menemui kesukaran untuk tembusinya.

Sehingga ke penghujung minggu, harga berlegar perlahan di bawah zon 2000.00 itu sebelum dagangan di sesi terakhir kembali mencapai semula paras tersebut.

Pada sesi Asia awal pagi ini, lonjakan dipamerkan hingga harga mencapai ketinggian baru pada 2018.00 sebelum mendatar perlahan di sesi Eropah sekitar 2010.00.

Pergerakan harga yang berada di atas sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD kekal memberi isyarat bullish untuk dagangan emas.

Dengan situasi semasa, tidak mustahil harga emas boleh meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju sasaran seterusnya pada zon 2030.00.

Bakal menjadi isyarat perubahan trend bearish untuk emas sekiranya harga jatuh semula di bawah paras 2000.00.

Penurunan harga boleh kembali semula ke paras-paras tumpuan pada dagangan sebelum ini seperti di paras sekitar 1980.00 atau hingga ke 1950.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat