Analisis GOLD – Emas Terus Jatuh Menjelang Minit Mesyuarat FOMC

1,546

Memantau kepada carta pada harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding USD tampaknya terus dirangsang untuk menterjemah terjunan yang dahsyat di kala penghujung dagangan November.

Benteng rintangan yang paling kukuh pada sebelum ini di paras 1800.00 dengan mudahnya dirobek pada sesi Eropah Selasa sehingga penghujung sesi untuk merekod paras terendah terbaharu 3 minggu.

Penurunan harga itu juga menampilkan kejatuhan untuk menguji zon RBS (resistance become support) 1780.00 sebelum pamer kenaikan pada hari ini Rabu yang dijangka sedang membuat LH (lower high).

Gesaan segelintir ahli Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan langkah tapering terus meningkatkan kemungkinan bagi bank pusat utama itu melakukan pengetatan dasar polisi dengan lebih segera lagi.

Menguatkan lagi jangkaan pasaran yang lebih jelas untuk langkah berkenaan diperkukuhkan setelah Jerome Powell berkebarangkalian akan mengekalkan jawatan sebagai Presiden Fed bagi penggal kedua.

Kegusaran mengenai lonjakan semula wabak Covid-19 serta pengukuhan dolar greenback pada ketika ini terus memberi tekanan kepada harga emas menjelang mesyuarat minit polisi FOMC pada pagi Khamis.

Sasaran selanjutnya bakal kekal diperhatikan pada zon RBS 1780.00 untuk ditembusi sebelum jangkaan mampu menjejaki zon sokongan 1760.00 untuk kekal memapar corak downtrend sejak awal minggu.

Namun zon sokongan itu bakal dinilai susulan zon tersebut pernah menyokong lonjakan harga sebelum ini dan manakala penurunan yang lebih rendah akan menyaksikan harga menuju zon sokongan 1720.00.

Kebarangkalian untuk harga memulakan langkah lonjakan akan melihat harga menuju zon SBR (support become resistance) 1800.00 serta jangkaan bakal menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50).

Bayangan yang lebih ketara untuk membuat perubahan trend bullish bakal disaksikan andai kata harga berupaya mencapai zon SBR yang berikutnya pada 1830.00 sebelum terus mendaki ke puncak ketinggian.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat