Analisis GOLD – Hampir Tergelincir, Emas Paut Semula Paras $2,000

721

Mata wang US dolar kembali mengukuh semula pada Selasa semalam susulan sentimen pasaran bertukar berisiko setelah tercetus kembali kebimbangan terhadap krisis perbankan.

Situasi dicetuskan oleh kejatuhan saham First Republic Bank sehingga hampir 50% sementara UBS melaporkan kemerosotan lebih 50% pada pendapatan suku tahun.

Namun, walaupun US dolar mengukuh, dagangan emas bertahan daripada alami kejatuhan nilai.

Ini disebabkan oleh emas sebagai aset safe-haven juga turut mendapat tarikan dalam sentimen risk-off pasaran selain juga disokong oleh penurunan pada hasil perbendaharaan 10-tahun Amerika Syarikat (AS).

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya susut mencecah 1976.00 ketika dagangan menuju ke sesi New York semalam.

Namun harga emas berjaya melonjak semula ke paras 2000.00 menghampiri penghujung sesi dan menutup dagangan di sekitar tersebut.

Menyambung dagangan pada hari ini (Rabu), harga berlegar perlahan di bawah paras 2000.00 dengan pergerakan harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD mencetus petunjuk awal untuk corak bullish.

Sekiranya harga berjaya memaparkan lonjakan lebih bertenaga menembusi paras 2000.00, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan menuju sekitar 2030.00 sebelum mencapai semula ketinggian sebelum ini pada 2048.00.

Sebaliknya jika harga gagal melepasi paras 2000.00, harga emas boleh melantun turun semula ke zon sokongan mingguan sekitar 1970.00.

Meneruskan penurunan lebih rendah akan menjangkakan harga emas bakal mencecah kembali paras tumpuan pada 1950.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat