Analisis GOLD – Hampir Terjun, Emas Lonjak Balik Atasi Ketinggian Ketika NFP

670

Meresahkan para pelabur emas pada dagangan pembukaan sesi New York semalam apabila harga logam kuning itu paparkan penyusutan hingga ke paras $1,913.

Jika diimbas kembali ketika penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) Jumaat lalu, harga emas melonjak naik susulan penyusutan yang berlaku ke atas nilai US dolar.

Harga kemudiannya kembali mendatar di atas zon $1,920 pada pembukaan pasaran di awal minggu ini, namun di sesi New York semalam harga membuat kejutan ketika menyusut agak ketara.

Ini disebabkan oleh reaksi pasaran terhadap kenyataan pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) yang melihat langkah kenaikan kadar faedah akan diteruskan lagi.

Namun, fasa pengetatan dikatakan sudah menghampiri penghujungnya dan ini mencetus jangkaan bahawa bank pusat bakal beralih ke fasa pelonggaran pula selepas ini.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, dapat dilihat harga membuat penurunan terlebih dahulu ke paras 1913.00 sebelum harga melantun semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

US dolar yang kembali didagangkan lemah menuju ke penghujung sesi New York menyaksikan harga naik semula dan menutup dagangan di sekitar 1925.00.

Corak kenaikan harga diteruskan lagi pada hari ini (Selasa) sehingga harga dilihat telah mengatasi ketinggian pada Jumaat lalu ke sekitar 1938.00.

Jangkaan kenaikan harga jika diteruskan lagi bakal menyentuh paras 1950.00 yang merupakan antara zon tumpuan harga pada dagangan sebelum ini.

Penyusutan US dolar yang berterusan akan menyokong harga emas melantun ke paras yang lebih tinggi lagi minggu ini.

Sementara, jika berlaku kejatuhan semula harga emas, paras 1920.00 akan kembali menjadi sasaran untuk dicecah.

Selepas petunjuk perubahan trend bearish dikesan, harga berpotensi untuk jatuh lebih rendah ke sekitar zon sokongan harga 1900.00.

Data inflasi AS yang akan diterbitkan pada Rabu dinantikan pelabur yang boleh mempengaruhi arah pergerakan emas selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat