Analisis GOLD – Harga Emas Belum Jatuh, Tapi Masih Tak Tembus $2,050

1,080

Walaupun tidak berlaku kejatuhan harga pada dagangan emas menuju ke penghujung minggu ini, namun pelabur kekal berwaspada memerhatikan pergerakan semasa harga yang terbantu di paras $2,050.

Setelah pemulihan semula US dolar sejak Rabu lalu ketika data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) catat bacaan yang memberangsangkan, pengukuhan dilihat diteruskan sehingga Khamis semalam.

Namun penganalisis melihat situasi tersebut adalah didorong oleh aktiviti pengambilan untung oleh pemain pasaran pada penutup dagangan bulan November semalam.

Justeru, penyusutan US dolar sebelum ini yang mula reda dilihat telah menghadkan kenaikan berterusan harga emas menjelang pembukaan Disember.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat bergerak mendatar di bawah zon 2050.00 untuk dua hari berturut-turut.

Setelah lonjakan harga mencapai ketinggian 2050.00 pada Rabu lalu, harga mula perlahan di bawah zon rintangan tersebut sehingga semalam.

Amaran awal kejatuhan emas diperhatikan pelabur apabila pergerakan harga telah mula berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Penurunan harga di sesi New York semalam mencecah sekitar 2031.00 tetapi harga melantun semula sedikit sebelum mendatar di sekitar 2040.00 sehingga ke sesi Eropah petang ini sambil menguji halangan MA50.

Jika kenaikan harga masih berjaya diteruskan, rintangan 2050.00 akan terus diuji untuk ditembusi setelah beberap kali gagal melakukannya.

Tembus rintangan tersebut akan mendorong kenaikan lebih tinggi emas menuju sasaran seterusnya pada sekitar 2070.00 pula.

Namun jika harga emas menjunam, paras-paras yang dilihat akan menjadi tumpuan adalah pada 2030.00 dan seterusnya 2000.00.

Pelabur akan memerhati reaksi harga pada zon penting tersebut sebelum menentukan arah pergerakan harga selanjutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat