Analisis GOLD – Harga Emas Menjunam Hingga Paras $2,300!

1,412

Dagangan emas bertukar muram pada minggu ini apabila harga mula menunjukkan corak kejatuhan harga yang agak ketara.

Faktor-faktor semasa dalam pasaran tidak memihak kepada aset emas apabila sentimen pasaran berisiko pada minggu lalu mulai reda, membuatkan tarikan yang semakin pudar terhadap emas.

Namun, pergolakan perang di Timur Tengah masih belum berakhir dan bila-bila masa sahaja boleh mencetuskan kehangatan semula.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah memulakan penurunan di awal minggu ini sebaik sahaja sesi Asia dibuka pada Isnin.

Setelah mencecah paras sekitar 2335.00 pada penghujung sesi New York, harga menyambung lagi penurunan lebih rendah pada sesi Asia pagi ini (Selasa).

Seperti yang dijangka penganalisis, penurunan yang berlaku telah mencecah ke paras 2300.00 yang merupakan zon RBS (resistance become support).

Harga mula mendatar di atas paras itu sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah.

Dengan momentum terjunan harga yang dipaparkan, harga emas dilihat cenderung untuk meneruskan lagi penurunan ke paras lebih rendah.

Sasaran seterusnya adalah pada zon tumpuan sebelum ini sekitar 2770.00 sebelum penurunan yang dilanjutkan dijangka mencecah sekitar 2222.00.

Namun jika zon RBS 2300.00 berjaya menghalang harga dari jatuh ke bawah, lantunan harga yang berlaku akan cuba mengatasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Kenaikan lebih tinggi selepas isyarat perubahan trend bullish yang jelas akan menyaksikan harga cuba untuk mencabar rekod tertinggi sebelum ini di paras 2430.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat