Analisis GOLD – Harga Emas Menjunam Semula Di Penutup Minggu Lalu!

555

Kekecewaan kembali terpancar di wajah para pelabur emas tatkala menyaksikan nilai logam kuning itu menjunam pada dagangan penutup minggu lalu.

Emas gagal mengekalkan corak positif yang dibentuk sejak awal minggu apabila pengukuhan US dolar telah kembali menekan harganya jatuh.

Laporan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan untuk bulan Jun catat bacaan yang memberangsangkan mengatasi ramalan.

Dapat diperhatikan perubahan arah harga berlaku semula pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar.

Pada mulanya harga berlegar di paras ketinggian 2368.00 di sesi Eropah pada Jumaat yang merupakan paras tertinggi untuk tempoh dagangan 2 minggu.

Namun, terjunan ketara harga tercetus di sesi terakhir minggu itu menyaksikan harga menjunam mencecah paras 2317.00.

Harga terjun menembusi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD yang memberi amaran pergerakan bearish untuk bermula.

Pergerakan harga emas perlahan menyambung dagangan pembukaan awal minggu dengan kenaikan perlahan harga di sesi Eropah hari ini (Isnin) ke sekitar 2330.00.

Penurunan harga dijangka akan diteruskan pada sesi-sesi berikutnya untuk melepasi paras yang dicecah penghujung minggu lalu.

Sasaran adalah untuk harga kembali semula ke zon 2300.00 dan reaksi harga di sekitar tersebut akan dinilai sebagai petunjuk arah pergerakan selanjutnya.

Untuk jangkaan bagi pergerakan menaik harga pula, rintangan MA50 perlu dilepasi untuk pelabur lebih yakin kenaikan boleh diteruskan semula.

Paras ketinggian minggu lalu akan menjadi cabaran untuk harga atasi sebelum menuju zon tumpuan 2380.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat