Analisis GOLD – Harga Emas Naik Semula Selepas Jatuh Ke Paras $1,955

1,212

Semakin mendebarkan situasi pergerakan emas apabila pelabur menyaksikan harga mula paparkan kejatuhan semalam sebelum pulih semula.

Adalah ini petanda awal untuk kejatuhan emas bermula?

Dagangan emas sehingga setakat penghujung minggu lalu positif dengan trend kenaikan harga mencapai paras tertinggi 5 bulan.

Dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah papar penurunan ke sekitar 1955.00 di sesi Eropah semalam.

Namun menyambung pembukaan sesi New York pula, harga kembali melantun naik semula menuju zon 1980.00 yang dilihat sebagai rintangan diuji dari awal minggu.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia dan Eropah hari ini (Rabu) dengan harga berlegar di bawah zon 1980.00 sambil menguji paras rintangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.

Jika gagal harga untuk bergerak melepasi zon 1980.00, penurunan dijangka akan berlaku semula untuk harga menuju zon tumpuan 1950.00 seperti semalam.

Jika akhirnya harga tembus lebih rendah, ini akan menjadi isyarat bearish untuk kejatuhan harga emas berlaku. Sasaran awal adalah untuk menuju ke sekitar 1920.00.

Sementara, ramalan untuk harga emas melonjak menyambung kenaikan sebelum ini, melepasi 1980.00 akan menjangkakan harga untuk menuju semula paras tumpuan 2000.00.

Paras ketinggian terbaru berpotensi untuk terus dicatatkan oleh emas jika berjaya mengekalkan pergerakan trend bullish minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat