Analisis GOLD – Harga Emas Terus Naik Lepas Keluar Data NFP!

716

Pelabur gembira dengan pergerakan emas minggu lalu?

Penutup dagangan sesi terakhir pada Jumaat lalu menyaksikan pergerakan rancak harga emas yang dipengaruhi oleh reaksi pasaran terhadap terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

US dolar alami kemerosotan pada nilai dagangannya apabila pertambahan pekerjaan AS pada bulan Jun adalah lebih rendah berbanding ramalan.

Malah catatan 209,000 yang menurun dari 306,000 bulan sebelumnya, merupakan pertambahan terkecil sejak Disember 2020.

Berikutan itu, harga emas melonjak naik ketika reaksi awal terhadap bacaan suram pada laporan tersebut.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga menyaksikan lonjakan menembusi paras 1920.00 hingga mencapai ketinggian 1935.00.

Namun, ketika pasaran semakin menghampiri penutupan sesi terakhir minggu itu, harga sedikit berundur dan berakhir di sekitar 1925.00.

Menyambung dagangan di awal minggu ini, harga dilihat sedikit menurun menuju ke paras 1920.00, namun kembali melantun naik semula di awal sesi Eropah.

Pergerakan harga yang masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu masih mencadangkan pergerakan trend menaik.

Sekiranya kenaikan diteruskan di awal minggu ini, harga bakal mencapai semula paras ketinggian pada Jumaat lalu.

Zon 1940.00 seterusnya akan cuba untuk dilepasi sebelum harga menyambung lagi kenaikan ke paras sasaran 1950.00.

Namun jika harga menjunam di bawah 1920.00 dan menembusi pula sokongan MA50, harga dilihat akan lebih cenderung untuk membuat penurunan lebih rendah.

Zon sokongan harga pada 1900.00 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji selepas penghujung dagangan Jun lalu, harga telah mengujinya namun tidak meneruskan penurunan lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat