Analisis GOLD – Harga Emas Teruskan Kenaikan, Zon $1,720 Perlu Ditembusi

384

Logam kuning mendatar pada pembukaan awal minggu semalam selepas mula menunjukkan peningkatan pada penutup dagangan minggu lalu susulan penyusutan semula US dolar yang gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhan selepas terbitan laporan data NFP.

Penyusutan US dolar dilihat dipengaruhi oleh penilaian terhadap laporan NFP yang suram sementara pelabur di awal minggu ini lebih berwaspada menjelang terbitan data tinjauan ISM bagi sektor perkhidmatan di Amerika Syarikat (AS) di sesi New York malam ini.

Walaupun US dolar pamer prestasi hambar, namun pelabur tetap berjaga-jaga menjangkakan pengukuhan US dolar akan diteruskan untuk tempoh masa lebih panjang berikutan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif.

Pengukuhan semula US dolar yang boleh tercetus bila-bila masa sahaja akan kembali memberi tekanan semula terhadap dagangan emas.

Indeks dolar juga dilihat masih berlegar di zon tertinggi terbaru 20 tahun pada 110.00 walaupun terdapat sedikit penyusutan semula.

Meneliti pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pada awal minggu, harga yang bergerak semula di atas paras 1700.00 dilihat mendatar di bawah paras halangan harga 1720.00 sepanjang Isnin semalam.

Namun, masih memberi isyarat untuk pergerakan bullish, harga kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD sehingga ke penutup sesi dagangan New York semalam.

Bersambung pada dagangan sesi Asia pagi ini pula, harga emas berjaya membuat lonjakan menguji paras 1720.00, namun lonjakan gagal diteruskan sebelum harga menyusut semula di bawah paras halangan tersebut pada sesi Eropah.

Untuk jangkaan pergerakan harga seterusnya, sekiranya harga berjaya memaparkan corak kenaikan, dijangkakan harga bakal meningkat sehingga ke zon sekitar 1740.00 yang akan menjadi rintangan awal buat harga selepas isyarat pergerakan bullish yang lebih jelas.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan bakal menuju ke zon sekitar 1760.00 pula untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 2 minggu buat emas.

Sebaliknya jika harga gagal untuk mengekalkan momentum peningkatan tersebut, penurunan harga boleh tercetus semula dan sekiranya melepasi bawah paras sokongan MA50, pelabur bakal bersedia untuk kejatuhan lebih rendah emas selepas isyarat bearish itu.

Sasaran harga seterusnya untuk penyusutan yang lebih rendah adalah untuk mencecah sekitar 1680.00 untuk harga emas mencatatkan paras terendah terbaru 7 minggu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat