Analisis GOLD – Harga Masih Alami Kesukaran Untuk Melonjak Semula

735

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat mendatar namun menunjukkan corak kenaikan yang perlahan.

Sebelum ini sejak penghujung minggu lalu, harga telah menunjukkan kejatuhan yang ketara berikutan pengukuhan yang dipamerkan oleh US dolar telah memberi tekanan terhadap dagangan emas.

Namun setelah penurunan sehingga 1,400 pips, momentum harga mula suram dan melonjak semula dari paras support 1820.00.

Sejak awal minggu ini harga dilihat berlegar di sekitar paras 1850.00 dan berada di atas paras tersebut pada dagangan Rabu.

Harga juga telah mula dilihat bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang berkemungkinan memberi isyarat untuk peningkatan harga emas semula.

Kenaikan harga akan didorong oleh faktor penyusutan US dolar dalam pasaran yang dipengaruhi oleh sentimen pakej rangsangan ekonomi AS. Kenyataan oleh Joe Biden pada Khamis akan menjadi tumpuan.

Jika harga berjaya meneruskan kenaikan lebih tinggi, paras rintangan pada 1875.00 akan diuji sebelum harga menuju ke paras tumpuan 1900.00.

Namun jika harga kembali menjunam lebih rendah, paras sokongan 1820.00 akan cuba ditembusi sebelum penurunan lebih rendah ke paras penting 1800.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat