Analisis GOLD – Harga Melantun Semula, Emas Sedia Pecah Rekod Lagi?

1,093

Harga emas kembali memaparkan pemulihan semula pada dagangan Rabu semalam setelah menunjukkan tanda-tanda amaran kejatuhan pada Selasa lalu.

Momentum pengukuhan US dolar nampaknya tidak berjaya diteruskan sekaligus mengurangkan kembali tekanan kepada emas.

Oleh itu, harga emas kembali berada pada landasan untuk memburu rekod ketinggian terbaru setelah mencatatkan sejarah harga tertinggi sepanjang masa pada Jumaat lalu di paras $2,195.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga yang membuat penurunan pada Selasa lalu telah mencecah sekitar 2151.00 sebelum paparkan kenaikan semula pada Rabu semalam.

Paras ketinggian sekitar 2180.00 dicapai pada penghujung sesi New York dan pelabur mula menilai isyarat bullish kembali buat emas apabila harga mula bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Corak penurunan harga perlahan dipaparkan bermula di sesi Asia pagi ini bersambung ke awal sesi Eropah dengan harga berlegar di sekitar 2168.00 dan menguji sokongan MA50 semula.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, pelabur ingin terus melihat emas memecahkan rekod tertinggi terbaru lagi selepas ini.

Sasaran pada paras 2200.00 adalah tidak mustahil untuk dicapai, malah harga berkemungkinan boleh naik lebih tinggi.

Namun jika penurunan yang berlaku, harga emas dijangkakan untuk menuju paras tumpuan pada 2144.00 dan pelabur menantikan reaksi yang bakal ditunjukkan oleh harga.

Dengan faktor-faktor yang kembali memberi tekanan kepada emas, risiko kejatuhan harga akan lebih tinggi dan pelabur akan mula berhati-hati untuk perubahan trend tersebut.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat