Analisis GOLD – Harga Menjunam 500 Pips Dari Paras $1,900

664

Carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar pamerkan pergerakan drastik di awal minggu.

Pelabur menyaksikan kenaikan harga pada awalnya melepasi paras tumpuan 1900.00 kemudiannya telah menjunam semula sehingga 500 pips!

Penurunan ketara harga pada sesi Eropah semalam mencecah ke paras 1855.00 menguji zon RBS (resistance become support) tersebut sebelum harga melonjak semula dan menutup dagangan sesi New York sekitar 1875.00.

Harga emas dilihat gagal kekal di atas paras 1900.00 dengan jangkaan untuk pengukuhan semula US dolar akan menekan nilai emas semasa.

Pasaran masih menantikan perkembangan berkenaan varian baru virus yang dikesan di Eropah walaupun kebimbangan yang memuncak di awal minggu mulai sedikit reda.

Selain itu, perkembangan pakej rangsangan ekonomi AS juga akan dipantau yang akan turut mempengaruhi dagangan US dolar.

Secara teknikal, harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam memberi isyarat untuk penurunan harga.

Jika harga meneruskan penurunan lebih rendah, zon RBS 1850.00 akan kembali diuji sebelum penurunan selanjutnya berpotensi mencecah semula sehingga ke paras tumpuan 1800.00.

Namun jika harga emas berjalan melonjak pada minggu ini, zon resistance pada 1900.00 akan sekali lagi diuji.

Seterusnya, kenaikan lebih tinggi akan melihatkan paras-paras tumpuan seperti pada 1910.00 dan 1938.00 menjadi destinasi sasaran harga.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat