Analisis GOLD – Isu Credit Suisse Beri Kelebihan Emas Melonjak!

956

Sentimen risk-off pasaran telah menggalakkan permintaan terhadap aset safe-haven emas terus meningkat dalam masa yang sama US dolar juga mengukuh.

Krisis keruntuhan bank-bank gergasi di Amerika Syarikat (AS) telah mula ‘berjangkit’ ke Eropah dengan berita kejatuhan bank pelaburan gergasi Switzerland, Credit Suisse.

Perkembangan terbaru, Credit Suisse dilaporkan menerima pinjaman berjumlah $54 billion yang ditawarkan oleh Swiss National Bank (SNB) untuk menampung sokongan kecairan.

Namun, pasaran masih ingin melihat sama ada situasi panik yang melanda ketika ini mampu diredakan semula.

Menilai pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga pada mulanya sedikit menurun di bawah paras 1900.00 membuatkan pelabur bersedia untuk kejatuhan lebih rendah.

Namun, reaksi pada isu Credit Suisse yang ‘panas’ semalam, harga kemudiannya kembali melonjak melepasi paras 1900.00 tersebut sebelum mencapai ketinggian sekitar 1937.00.

Harga yang mencapai ketinggian terbaru 6 minggu itu berundur semula pada penutupan sesi New York dan menyambung dagangan hari ini (Khamis) perlahan sehingga ke sesi Eropah.

Harga meniti di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD masih memberi isyarat pergerakan bullish untuk dagangan emas.

Kenaikan dijangka akan diteruskan menuju ketinggian 1950.00 yang juga merupakan antara paras tumpuan harga pada dagangan terdahulu.

Seterusnya, harga berpotensi mencapai semula paras 2000.00 yang akan menjadi sasaran pada kenaikan yang masih diteruskan.

Sebaliknya, jika harga mula bergerak turun di bawah paras 1900.00, akan memberi petanda awal kepada pelabur untuk kejatuhan lebih rendah harga emas.

Penurunan lanjut harga akan kembali menguji paras 1870.00 sebelum menyambung penurunan menuju sekitar 1830.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat