Analisis GOLD – Kenaikan Harga Emas Mula Perlahan Di Penghujung Minggu

1,463

Momentum kenaikan harga emas mula pudar selepas mencapai paras $1,830.00 pada dagangan minggu ini.

Pelabur berpuas hati terhadap prestasi emas selepas berjaya meneruskan kenaikan di atas paras harga $1,800, namun isyarat awal untuk harga emas mula menunjukkan penurunan di penghujung minggu membuatkan pelabur berwaspada.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar melihatkan pergerakan harga yang mendatar semalam berbanding lonjakan pada Rabu.

Semalam, harga mencapai paras ketinggian sekitar 1834.00 sebelum susut semula ke zon RBS (resistance become support) 1820.00.

Namun harga disokong oleh paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang masih memberikan isyarat bullish.

Membuatkan pelabur berhati-hati apabila pergerakan harga pada sesi Eropah hari ini mula menguji paras sokongan MA50 tersebut untuk memberi tanda-tanda awal perubahan trend.

Sekiranya harga bergerak di bawah zon 1820.00, penurunan lebih rendah dilihat bakal menuju semula ke paras 1800.00 pada zon RBS utama.

Penurunan lebih rendah di bawah zon 1800.00 akan memberikan petunjuk lebih jelas trend bearish dengan jangkaan harga emas akan susut lebih dalam lagi.

Sebaliknya jika corak kenaikan harga berjaya dikekalkan, kenaikan harga boleh bersambung sehingga minggu berikutnya untuk terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.

Sasaran utama kenaikan dilihat pada rintangan 1850.00 pada zon SBR (support become resistance) sebelum ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat