Analisis GOLD – Ketegangan Konflik Rusia-Ukraine Bakal Sokong Emas Meningkat Semula?

1,006

Bertahan daripada susut lebih rendah, harga emas berjaya didagangkan sedikit meningkat pada pergerakan di awal minggu semalam.

Seperti yang dibimbangkan, ketegangan konflik Rusia-Ukraine kembali tercetus semula dalam pasaran dan pelabur kini mengikuti perkembangan rancangan sekatan baru ke atas Rusia.

Negara-negara barat sedang merancang untuk mengenakan sekatan terbaru ke atas Rusia susulan Kyiv melaporkan berlaku pembunuhan beramai-ramai orang awam.

Risiko yang kembali melanda pasaran semula dilihat akan meningkatkan tarikan terhadap aset safe-haven emas.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan kenaikan harga ke paras sekitar 1935.00 pada sesi New York selepas bergerak perlahan pada mulanya pada sesi Asia di sekitar 1915.00.

Namun bersambung sehingga dagangan sesi Asia dan di awal sesi Eropah hari ini (Selasa), harga mendatar di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di sekitar paras 1930.00.

Berkemungkinan pergerakan harga akan lebih aktif pada sesi New York sebentar lagi dengan reaksi pasaran terhadap perkembangan terbaru konflik Rusia-Ukraine.

Sekiranya harga emas berjaya meningkat, paras rintangan pada 1950.00 bakal menjadi sasaran awal untuk diuji selepas rintangan tersebut gagal dilepasi minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi yang berjaya diteruskan seterusnya akan menguji zon SBR (support become resistance) pada 1970.00 sebelum mensasarkan kenaikan ke paras tumpuan 2000.00.

Sebaliknya, jika emas tetap gagal mendapat tarikan pelabur dalam pasaran, harga boleh susut semula menuju zon support 1900.00.

Jika zon support tersebut yang berjaya menyokong harga untuk beberapa minggu sebelum ini berjaya ditembusi, harga bakal catatkan paras terendah terbaru menuju sekitar 1870.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat