Analisis GOLD – Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang, Rupanya Emas Jatuh Semula Bawah $2,000

1,094

Kegembiraan hanya seketika, pelabur emas terpaksa berputih mata melihatkan nilai logam kuning itu jatuh semula di bawah paras $2,000.

Pada Selasa semalam, harga emas berjaya memaparkan kenaikan semula sehingga mencapai sekitar $2,011 ketika US dolar memaparkan penyusutan kembali dalam pasaran.

Namun, seperti yang diberi amaran oleh penganalisis, emas kekal tak menentu dengan harga boleh menjunam semula menuju dagangan penghujung minggu.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat gagal bertahan di atas paras 2000.00 sebelum penurunan ketara semula berlaku di sesi Eropah petang ini.

Pada mulanya harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut yang menjangkakan berkemungkinan harga akan memaparkan pergerakan yang lebih bullish.

Sebaliknya yang berlaku apabila harga menjunam di bawah paras MA50 mencetus semula jangkaan bagi corak penurunan harga menuju ke paras lebih rendah.

Paras yang dicecah pada Isnin sekitar 1981.00 akan diuji semula dan jika penurunan masih diteruskan, harga dilihat akan menuju zon tumpuan pada 1950.00.

Petunjuk bearish akan lebih jelas sekiranya harga tembus lebih rendah di bawah 1950.00 dengan sasaran seterusnya harga adalah ke 1900.00.

Namun jika harga emas berjaya melonjak semula di atas paras 2000.00, kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan menuju sekitar 2030.00 sebelum menguji ketinggian minggu lalu sekitar 2048.00.

Jika pergerakan trend bullish berjaya dipaparkan, pelabur masih meletakkan harapan untuk harga emas mencapai semula paras penting pada 2070.00, paras yang dicapai pada Mac 2022.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat