Analisis GOLD – Lepas Pecah Rekod Tertinggi, Harga Emas Makin Jatuh

1,444

Pelabur emas pada minggu ini terpaksa berputih mata menyaksikan kejatuhan harga yang berterusan untuk komoditi itu sehingga menuju ke dagangan penghujung minggu.

Walaupun pergolakan di Timur Tengah kekal diperhatikan, namun tarikan terhadap aset emas mula mengundur ketika ini dengan faktor pergerakan US dolar memainkan peranan mempengaruhi harga emas.

Pengukuhan US dolar beransur meningkat disokong oleh terbitan data-data ekonomi terbaru Amerika Syarikat (AS) yang mengurangkan kembali jangkaan untuk pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Semakin kukuh nilai US dolar, semakin meningkat tekanan terhadap emas.

Pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar diperhatikan dengan arah harga telah jelas berubah.

Pada awal minggu, harga telah berjaya mencatatkan paras paling tinggi dalam sejarah mencapai ketinggian 2450.00 dan kemudiannya telah kembali paparkan penurunan semula.

Penurunan melepasi beberapa zon penting seperti 2400.00 dan 2370.00 dan corak penurunan diteruskan sehingga sesi New York semalam.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini dan setakat awal sesi Eropah, harga berlegar di sekitar paras 2340.00.

Penurunan lebih lanjut akan dijangkakan untuk harga emas menghampiri semula zon 2300.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan sebelum ini.

Namun jika kenaikan harga kembali berlaku, zon 2370.00 antara dilihat sebagai rintangan awal yang bakal diuji sebelum isyarat perubahan trend dikenal pasti.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat