Analisis GOLD – Makin Gelisah Lihat Emas Menjalar Perlahan Bawah $2,000

1,592

Menambah kegusaran para pelabur di penghujung minggu apabila dagangan emas semakin perlahan dan mendatar. Bakal ada kejutan di sesi-sesi terakhir?

Mata wang US dolar yang suram pada dagangan Khamis semalam disebabkan pasaran Amerika Syarikat (AS) yang ditutup turut memberi kesan pergerakan harga perlahan buat emas.

Jika diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga berlegar perlahan di bawah zon 2000.00 sepanjang Khamis semalam.

Pada Selasa dan Rabu lalu, kenaikan harga telah menguji zon 2000.00, namun dilihat bergelut untuk mengekalkan kedudukan di atasnya sebelum kembali berundur turun semula.

Sehingga menyambung pada dagangan hari ini (Jumaat), harga perlahan di bawah zon 2000.00 dengan harga mendatar di sekitar paras 1993.00.

Pelabur berkemungkinan berwaspada menantikan data PMI pembuatan dan perkhidmatan AS yang akan diterbirkan di sesi New York sebentar lagi yang dijangka akan pengaruhi mata wang US dolar dan juga nilai emas dalam pasaran penutup minggu.

Jika berlaku kenaikan, zon 2000.00 akan diuji sebagai rintangan penting yang akan menentukan hala tuju emas seterusnya.

Jika harga harga berjaya tembus dengan kukuh, kenaikan lebih tinggi akan diteruskan untuk harga catatkan ketinggian terbaru.

Sasaran adalah untuk menuju sekitar 2030.00 yang kali terakhir dicapai pada dagangan Mei lalu.

Sebaliknya, jika harga menjunam jatuh, harga bakal menguji zon 1980.00 sebelum susut lebih rendah menuju sasaran pada 1950.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat