Analisis GOLD – Masih Bearish! Emas Bergelut Di Bawah $1,640

431

Prestasi suram komoditi emas diteruskan lagi pada pembukaan dagangan awal minggu ini apabila memaparkan penurunan di sesi Asia dan sesi Eropah semalam.

Federal Reserve (Fed) yang kekal dengan pendirian hawkish dalam penetapan dasar menyaksikan kenaikan 75 mata asas kali ketiga berturut-turut pada mesyuarat minggu lalu telah menyokong pengukuhan US dolar.

Situasi itu juga turut menambah tekanan buat dagangan komoditi emas dengan mengekalkan corak penurunan harga untuk beberapa minggu kebelakangan ini.

Memerhatikan pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga telah menunjukkan penurunan awal di sesi Asia semalam melepasi paras sokongan penghujung minggu lalu pada 1640.00.

Namun setelah harga mencecah sekitar 1627.00, harga dilihat melihat melantun semula untuk berlegar di sekitar ketinggian 1649.00 di sesi Eropah.

Gagal untuk melanjutkan peningkatan lebih tinggi, harga kembali susut semula di sesi New York semalam sehingga ke paras terendah terbaru sekitar 1622.00.

Pergerakan harga emas kekal berada dalam trend bearish apabila dilihat masih gagal untuk melepasi halangan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut.

Bersambung pada dagangan hari ini (Selasa), terdapat kenaikan harga yang dipaparkan dari sesi Asia sehingga ke sesi Eropah, namun harga dilihat bergelut untuk melepasi halangan paras 1640.00.

Sekiranya berjaya melepasi paras tersebut dan juga halangan MA50, bakal menjadi isyarat awal perubahan trend bagi emas dengan sasaran untuk menuju semula zon 1657.00 sebelum kembali ke rintangan minggu lalu pada 1680.00.

Namun jika harga kekal menyambung corak penurunan sebelum ini, berkemungkinan harga akan mengatasi paras terendah dicatatkan penghujung sesi New York lalu sekaligus memburu rekod terbaru lagi.

Penurunan terendah terbaru 2 tahun buat emas dilihat akan mensasarkan pada sekitar 1600.00 atau mungkin lebih rendah lagi pada dagangan minggu ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat