Analisis GOLD – Nilai Emas Susut Balik Lepas Capai Rekod Tertinggi 6 Bulan

328

Walaupun pergerakan pasaran mendatar pada minggu ini di tempoh pengakhiran dagangan 2022, namun sedikit kejutan dipamerkan oleh komoditi emas ketika lonjakan harga berlaku pada Selasa lalu.

Faktor lonjakan nilai emas yang mencapai paras tertinggi terbaru 6 bulan itu telah didorong oleh berita pelonggaran peraturan untuk kemasukan ke China selepas kerajaan telah mengurangkan sekatan pergerakan, yang memulihkan sentimen pasaran.

Situasi ini telah menyebabkan US dolar yang kehilangan ‘taring’ dan membuka peluang untuk dagangan emas melonjak lebih tinggi.

Namun, pergerakan positif logam kuning itu tidak kekal lama apabila pelabur menyaksikan semula penyusutan harga menuju dagangan penghujung minggu ini.

Gambaran lebih jelas dapat diperhatikan pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dengan lonjakan pada Selasa lalu telah mencapai ketinggian terbaru sekitar 1833.00.

Namun, selepas zon rintangan 1830.00 itu diuji, harga kembali menyusut turun semula sehingga harga mendatar semula pada zon 1800.00 yang menjadi sokongan buat harga pada Rabu semalam.

Pergerakan harga perlahan di atas zon tersebut menyambung dagangan pada hari ini (Khamis), dengan paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang diuji diperhatikan pelabur untuk petunjuk pergerakan harga emas selanjutnya.

Sekiranya harga berjaya mendapatkan rentak untuk meningkat semula, masih lagi rintangan pada zon 1830.00 akan terus diuji untuk ditembusi.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon tersebut akan catatkan paras ketinggian terbaru buat emas dengan sasaran berikutnya untuk menuju pula 1850.00.

Namun, sebaliknya jika harga mula paparkan corak terjunan menembusi zon 1800.00, penurunan harga dilihat akan menuju sehingga sekitar 1760.00 selepas paras tumpuan minggu-minggu sebelum ini seperti 1780.00 berjaya dilepasi.

Seterusnya, zon 1720.00 akan menjadi sasaran bagi penurunan lanjut yang diteruskan.

Pun begitu, penganalisis menjangkakan pergerakan harga bakal mendatar di sekitar 1800.00 sehingga penutup dagangan 2022 ini.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat