Analisis GOLD – Pelabur Cuak Tengok Emas Junam ‘Kaw-Kaw’!

6,857

Senyum hanya seketika, pelabur emas kembali resah menyaksikan situasi yang berlaku ke atas dagangan logam kuning itu di awal minggu semalam.

Pada mulanya kejutan berlaku apabila harga emas melonjak tinggi pada pembukaan sesi Asia dengan harga mencapai paras puncak tertinggi dalam sejarah sekitar $2,140.

Namun susulan tersebut, harga emas mula paparkan kejatuhan yang berterusan hingga penurunan sekitar $120 dalam masa 1 hari sahaja.

Pelabur memerhati pergerakan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar sambil menilai petunjuk-petunjuk yang hadir.

Dapat diperhatikan terjunan ketara harga dari ketinggian 2140.00 hingga menembusi paras 2070.00 iaitu ketinggian yang dicapai pada penutup dagangan minggu lalu.

Terjunan berterusan dan lebih parah di sesi New York menyaksikan harga tembus pula paras tumpuan berikutnya pada 2050.00 dan akhirnya mencecah sekitar 2020.00.

Setelah itu barulah harga mula bergerak perlahan dan sedikit melantun pada penutupan penghujung sesi New York dan pergerakan harga perlahan menyambung dagangan sesi Asia dan Eropah hari ini (Selasa) di atas zon 2030.00.

Dengan kejatuhan panik harga itu selain pergerakan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD, memberi isyarat bearish kepada pelabur.

Jika kejatuhan harga berterusan sehingga ke sesi seterusnya, harga emas bakal mencecah semula paras tumpuan 2000.00.

Malah tidak mustahil untuk harga terus merudum lebih teruk jika pelabur bertindak mengambil keuntungan pada dagangan emas terdahulu.

Sebaliknya jika harga emas berjaya melonjak kembali, melepasi halangan MA50 dan paras 2050.00 akan menjadi petanda positif untuk harga bergerak lebih tinggi semula.

Untuk pergerakan bullish, paras 2050.00 perlu dilepasi dahulu sebelum tumpuan pada paras 2070.00 pula untuk dicapai seperti kenaikan minggu lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat