Pergerakan harga emas sejak awal minggu sehingga Rabu semalam kekal mendatar di atas zon harga $1,870 ketika pelabur masih berwaspada menantikan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS).
Ini disebabkan data penting yang akan mempengaruhi keputusan dasar monetari Federal Reserve (Fed) itu akan memacu pergerakan mata wang US dolar, dan seterusnya akan turut memberi kesan kepada perubahan nilai emas dalam pasaran.
Jika inflasi menurun dan mendorong penyusutan US dolar, emas berpotensi untuk mencatatkan peningkatan nilai yang lebih tinggi.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, ada kenaikan yang dipaparkan hingga mencapai paras 1885.00.
Namun corak kenaikan tidak dapat dipertahankan apabila harga emas susut semula ke paras sokongan 1870.00 sebelum berlaku lantunan kembali.
Menyambung pembukaan dagangan di awal sesi Asia pagi ini di sekitar 1875.00, harga sedikit meningkat untuk menguji semula paras ketinggian yang dicapai semalam sebelum perlahan di bawah zon 1885.00 di awal sesi Eropah.
Harga yang bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD memberi isyarat awal untuk perubahan trend bullish, namun harga masih lagi dilihat bergerak dalam zon mendatar.
Jika kenaikan harga emas diteruskan lagi hari ini, pelabur mensasarkan untuk harga mencapai sehingga 1900.00 yang dilihat akan menjadi paras rintangan terbaru.
Sekiranya tetap juga harga lepasi paras 1900.00 itu, kenaikan akan diteruskan dengan sasaran seterusnya adalah pada ketinggian 1950.00 pula.
Namun jika harga emas menjunam susulan reaksi data inflasi diterbitkan, melepasi sokongan semasa 1870.00 akan mendorong harga menuju semula ke zon RBS (resistance become support) 1830.00.
Harga boleh jatuh mencecah semula hingga ke paras tumpuan 1800.00 sekiranya jelas menunjukkan corak pergerakan bearish kembali.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG