Analisis GOLD – Pelabur ‘Gigit Jari’ Tengok Harga Junam Lagi

1,898

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar nyata terus mengecewakan para pelabur apabila harga susut lebih rendah pada hari ini.

Pada dagangan Rabu semalam, harga telah susut ke paras sokongan hari sebelumnya sekitar paras 1830.00 berikutan pengukuhan berterusan US dolar sepanjang minggu menekan dagangan emas.

Lebih parah pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis), nilai emas terus mengalami kejatuhan sehingga mencecah ke paras sekitar 1816.00.

Namun pada awal sesi Eropah dilihat harga sedikit meningkat semula tetapi kekal berada dalam trend bearish.

Tekanan harga terus dilihat sekitar zon tersebut dengan jangkaan harga akan turun lebih rendah dan berpotensi mencecah semuka ke zon support tumpuan pada 1800.00.

Pergerakan harga emas masih dipengaruhi oleh US dolar di mana mata wang utama tersebut kekal kukuh ekoran keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Namun, pelabur kekal berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP AS pada Jumaat yang bakal memberi impak ketara terhadap US dolar.

Jika harga pada carta XAU/USD melonjak semula, paras rintangan yang menjadi tarikan harga berada pada zon 1850.00.

Seterusnya zon resistance pada ketinggian 1875.00 akan diuji pada kenaikan harga yang lebih tinggi di mana paras tersebut menjadi rintangan pada dagangan beberapa minggu yang lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat