Analisis GOLD – Pelabur Mula Jaga-Jaga Selepas Emas Kecundang!

917

Seperti para pelabur sudah sedia maklum, perubahan nilai US dolar dalam pasaran akan mempengaruhi turun naik nilai emas yang berkadar songsang.

Pada dagangan Selasa semalam, faktor pengukuhan semula US dolar telah mendorong penurunan harga emas membantutkan jangkaan untuk lonjakan lebih tinggi.

Dapat diperhatikan harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar mula susut kembali selepas mencapai paras ketinggian terbaru pada 1916.60 selepas meningkat pada sesi Asia semalam.

Penurunan lebih ketara dilihat pada sesi New York apabila tumpuan pada terbitan data tinjauan ISM sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) catat bacaan yang meningkat.

Mendorong pengukuhan semula US dolar, harga ditekan semula untuk mencatatkan penurunan harian sekitar 230 pips mencecah 1892.00 sebelum pergerakan harga kembali perlahan sekitar paras tumpuan 1900.00 bersambung pada dagangan Rabu.

Penurunan di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta XAU/USD juga membuatkan pelabur waspada bagi isyarat awal penurunan lebih rendah walaupun masih bergerak dalam trend bullish.

Jangkaan untuk penurunan lebih rendah akan menguji paras 1875.00 sebelum ke paras 1850.00 yang berada pada zon RBS (resistance become support).

Trend bearish yang lebih jelas akan menjangkakan penurunan harga emas untuk kembali semula ke paras 1800.00.

Namun, jika penurunan yang dipaparkan sekadar pembetulan harga (correction), pelabur bakal menyaksikan kenaikan lebih tinggi harga emas untuk terus merekodkan paras tertinggi terbaru selepas dicapai pada Januari lalu.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah pada 1950.00 yang merupakan zon rintangan pernah diuji pada September dan Januari.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat