Analisis GOLD – Pelabur Tersenyum Lihat Harga Emas Naik Menuju $2,000

1,099

Dagangan emas berjaya mengekalkan prestasi cemerlang pada Khamis semalam dengan corak kenaikan harga diteruskan ke paras yang lebih tinggi.

Situasi pasaran semasa tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara selepas data-data ekonomi penting telah dihadam pelabur.

Buat ketika ini, pelabur emas kekal optimis untuk harga menuju sasaran paras $2,000 seperti pada dagangan awal November.

Menilai pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, corak kenaikan yang bermula pada awal minggu diteruskan sehingga ke sesi New York semalam.

Harga kekal bergerak di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang memberi isyarat bullish pergerakan semasa logam kuning itu.

Positif buat emas, harga telah berjaya menembusi paras 1980.00 di sesi New York dan akhirnya mencapai ketinggian 1985.00.

Harga kekal berlegar perlahan di sekitar tersebut sehingga dagangan bersambung pada sesi Asia dan Eropah hari ini (Jumaat).

Dengan corak yang dipaparkan, kecenderungan harga adalah untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk mencapai sasaran 2000.00.

Jika akhirnya harga berjaya tembusi zon 2000.00 yang menjadi rintangan penting buat harga, rekod ketinggian terbaru akan dipecahkan untuk mencapai paras tertinggi sejak dagangan Mei.

Namun jika harga mula berubah arah, pergerakan menurun di penghujung minggu ini adalah tidak mustahil untuk disaksikan dan pelabur berkemungkinan telah bersedia untuk situasi tersebut.

Susut semula di bawah paras 1980.00 akan cuba untuk harga menembusi sokongan MA50 sebelum memberi isyarat perubahan trend.

Zon tumpuan pada 1950.00 kemudiannya akan jadi sasaran untuk diuji dan reaksi harga akan menceritakan ke mana arah harga dituju selanjutnya pada minggu hadapan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat