Analisis GOLD – Penangan Powell, Emas Akhirnya Berjaya Lolos Lebih Tinggi

585

Setelah mendatar untuk seketika, akhirnya emas telah berjaya melonjak lebih tinggi untuk keluar dari zon sideway sejak minggu lalu.

Dipengaruhi oleh US dolar, nilai emas meningkat tinggi ekoran US dolar didagangkan susut nilai dengan ketara pada sesi New York dipengaruhi oleh kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell.

Memberi isyarat terhadap dasar monetari bank pusat, Powell telah menyatakan sudah tiba masa untuk Fed memperlahankan kenaikan kadar faedah.

Ucapan bernada dovish itu telah mendorong penyusutan ketara US dolar walaupun raja mata wang itu pada mulanya menunjukkan pengukuhan di awal sesi New York ketika data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan meningkat.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga akhirnya melonjak melepasi zon rintangan 1760.00 yang menghalang harga sebelum ini.

Kenaikan harga yang melantun dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut memberi isyarat bullish untuk pergerakan emas selanjutnya.

Menyambung dagangan sehingga ke sesi Eropah hari ini (Khamis), harga telah kembali semula menguji zon rintangan 1780.00 yang menjadi tumpuan pada pertengahan November lalu.

Kenaikan harga emas dijangka akan diteruskan lagi pada sesi-sesi berikutnya untuk melepasi lebih tinggi dari zon 1780.00.

Sasaran seterusnya adalah pada zon tumpuan 1800.00 untuk harga emas catatkan ketinggian terbaru 4 bulan.

Namun, sebarang kemungkinan boleh berlaku di penghujung minggu yang boleh mengubah arah pergerakan harga emas.

Penurunan harga jika berlaku dilihat akan kembali ke zon RBS (resistance become support) 1760.00 setelah zon tersebut berjaya ditembusi semalam.

Susut lebih rendah di bawah zon tersebut semula akan memberi petunjuk perubahan trend bearish buat emas dan penurunan lanjut harga akan dijangkakan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat