Analisis GOLD – Pergerakan Mendatar Emas Di Bawah $1,950, Buat Pelabur Tak Senang Duduk

764

Pergerakan emas kekal perlahan bersambung hari kedua untuk minggu ini, masih mencari arah yang jelas sementara pelabur kekal memantau perkembangan isu semasa dalam pasaran yang mempengaruhi komoditi emas.

US dolar yang berjaya paparkan pengukuhan awal di awal minggu dilihat tidak memberi tekanan terhadap emas yang diimbangi oleh krisis geopolitik antara Rusia dan Ukraine yang masih berlanjutan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar masih memperlihatkan harga berlegar di bawah paras rintangan 1950.00 selepas kenaikan harga pada minggu lalu gagal melepasi zon tersebut.

Harga juga turun naik di sekitar paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD belum memberi keputusan jelas untuk arah pergerakan selanjutnya.

Sekiranya kenaikan berjaya dilanjutkan lagi, rintangan pada 1950.00 sekali lagi akan diuji selepas gagal ditembusi pada minggu lalu.

Jika harga berjaya membuat kenaikan mengatasi rintangan tersebut, kenaikan harga bakal menguji pula zon 1970.00 sebelum menyambung pergerakan trend bullish menuju paras 2000.00.

Sebaliknya jika harga emas membuat penurunan, paras sokongan dilihat berada pada zon 1900.00 yang turut menyokong kejatuhan harga pada minggu lalu.

Namun, mampukah zon tersebut melonjakkan lagi harga untuk penurunan pada minggu ini?

Sekiranya gagal dan harga tembus ke paras lebih rendah, sasaran harga dilihat pada 1870.00 pula bagi penurunan yang diteruskan.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat