Analisis GOLD – Sakit Macam Putus Cinta, Harga Emas Terperuk Ke $1,950

1,819

Harga emas nak jatuh sampai ke paras $1,900 semula?

Persoalan tersebut timbul susulan corak penurunan harga yang dipaparkan oleh dagangan emas sepanjang minggu ini.

Prestasi mingguan yang memberangsangkan oleh US dolar dilihat memberikan tekanan emas untuk pemulihan.

Sebaliknya, situasi menjadi lebih parah apabila harga sudah mula menjunam di bawah paras $2,000.

Meneliti carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar minggu ini, harga telah jatuh di bawah paras 2000.00 pada Selasa lalu.

Penurunan diteruskan sehingga ke sesi New York semalam hampir menyentuh paras 1950.00 apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan positif.

Pergerakan harga masih kekal di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD tersebut menunjukkan trend masih bearish.

Namun pada penghujung minggu, kenaikan dipaparkan di sesi Asia dan Eropah hari ini dari zon 1950.00 dan dilihat akan menguji halangan MA50.

Sekiranya berjaya dilepasi, akan menjadi isyarat awal untuk permulaan corak bullish dan mendorong harga memanjat semula ke paras penting 2000.00 sebelum ini.

Reaksi menarik harga bakal dipaparkan di sekitar tersebut dan pelabur akan meneliti petunjuk bagi pergerakan selanjutnya.

Namun jika harga kembali menyambung semula penurunan, zon 1950.00 berkemungkinan bakal ditembusi sebelum paras terendah terbaru dicatatkan lagi.

Justeru, sasaran seterusnya bagi penurunan lebih rendah adalah untuk menuju zon 1900.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat