Analisis GOLD – Sasaran Untuk Paras ATH Emas Semakin Hampir!

2,276

Lonjakan harga emas yang berlaku pada Jumaat lalu tidak terhenti setakat itu apabila pelabur menyaksikan momentum tersebut berjaya dikekalkan pada pembukaan dagangan awal minggu semalam.

Jika pada penutup minggu lalu harga emas melonjak lepasi paras $2,080, semalam harga emas sambung lagi kenaikan hingga tembusi paras $2,100.

Prestasi US dolar yang kekal suram membuka ruang untuk emas meningkat lebih tinggi, namun pelabur akan kekal berhati-hati sementara menantikan data-data penting yang akan diterbitkan minggu ini.

Menjadi tumpuan utama memberi kesan kepada US dolar dan emas adalah laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada penghujung minggu nanti.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, kenaikan harga dilihat diteruskan dan semakin menghampiri ke paras tertinggi sepanjang masa.

Jika dilihat pergerakan pada Isnin semalam, harga mendatar perlahan di atas paras 1080.00 sebelum lonjakan pada sesi New York.

Harga buat kenaikan hingga capai paras 2119.00 sebelum harga mula mendatar di sekitar itu sehingga dagangan bersambung hari ini.

Sesi Asia dan Eropah masih kekal perlahan dengan jangkaan kenaikan harga emas masih boleh diteruskan lagi.

Sasaran adalah untuk harga emas menuju pada ketinggian rekod tertinggi sepanjang masa yang dicapai pada Disember tahun lalu sekitar 2144.00.

Waspada jika harga emas kembali menjunam semula dan memberi isyarat untuk perubahan trend bearish.

Sasaran terhampir untuk penurunan harga adalah kembali ke sekitar zon 2080.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat