Analisis GOLD – Selepas Hampir Capai Paras Tertinggi Terbaru, Emas Menjunam $100!

1,555

Kali ini bukan lagi berita yang menggembirakan buat pelabur emas dengan pergerakan harga yang telah dipaparkan pada dagangan Rabu semalam.

Setelah kenaikan yang berterusan sebelum ini sehingga hampir mencapai semula paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang pernah direkodkan, harga telah menjunam semula $100!

Sentimen pasaran yang berisiko sebelum ini sedikit memulih dan mendorong penjualan semula aset safe-haven emas dalam pasaran. Namun penganalisis menjangka situasi ini hanya sementara ekoran krisis perang masih lagi berlarutan.

Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan harga susut 1,000 pips dari paras ketinggian 2070.00 yang dicapai sehingga ke paras 1970.00 semula.

Situasi ini juga turut memberi gambaran kepada pelabur bahawa trend bullish untuk beberapa minggu sebelum ini telah berakhir.

Malah pelabur juga menilai petunjuk untuk perubahan trend bearish selepas penurunan harga yang melepasi semula bawah paras 2000.00 turut bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD.

Pergerakan harga pada hari ini (Khamis) mendatar sehingga ke sesi Eropah pada zon RBS (resistance become support) 1970.00, namun dijangka bakal lebih agresif pada sesi New York menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan.

Untuk penurunan lebih rendah, paras 1950.00 pula dilihat akan diuji sebelum penurunan yang diteruskan bakal menuju ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1900.00 dan juga zon RBS 1870.00.

Manakala, sekiranya kenaikan harga emas kembali berlaku semula, melepasi paras 2000.00 dan halangan MA50 akan melegakan semula pelabur.

Paras ketinggian 2070.00 yang menjadi rintangan buat harga akan diuji sekali lagi untuk harga cuba mengatasi paras tertinggi ATH yang pernah direkodkan pada Ogos 2020 lalu sekitar 2074.00.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat