Analisis GOLD – Selepas NFP, Emas Teruskan Junam Bawah $2,030!

1,160

Pelabur emas kembali berputih mata menyaksikan kejatuhan harga pada penutup dagangan minggu lalu ketika tumpuan terarah kepada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS).

Bacaan laporan yang memberangsangkan untuk Januari 2024 itu telah mencetuskan pengukuhan ketara US dolar sekaligus memberi tekanan kepada pergerakan harga emas.

US dolar kukuh berikutan reaksi pasaran yang menjangkakan langkah penurunan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) semakin sukar untuk dilaksanakan dengan pertumbuhan sektor buruh AS yang baik ketika ini.

Momentum pengukuhan US dolar jika diteruskan minggu ini akan terus menekan harga emas jatuh lebih rendah.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar dilihat menjunam pada Jumaat lalu ke zon 2030.00.

Sebelum itu, pelabur telah melihat kenaikan harga yang mencapai ketinggian 2065.00 ketika reaksi terhadap mesyuarat FOMC, namun momentum itu gagal diteruskan.

Susulan reaksi terhadap data NFP, harga emas menjunam di bawah 2050.00 mencecah zon 2030.00 semula sebelum perlahan menutup dagangan sesi terakhir itu sekitar 2040.00.

Isyarat bearish buat harga apabila pergerakannya yang kembali berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu.

Harga paparkan penurunan perlahan pada pembukaan sesi pasaran minggu ini dan melepasi zon 2030.00 pada awal sesi Eropah dengan jangkaan penurunan lebih rendah bakal diteruskan susulan momentum minggu lalu.

Zon sekitar 2010.00 hingga 2000.00 dilihat menjadi sasaran untuk dituju pada penurunan yang diteruskan selepas ini.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan dan melepasi zon 2030.00, berkemungkinan akan menjadi isyarat baru kepada pelabur.

Perubahan trend bullish bakal mendorong harga menuju semula paras 2050.00 atau ketinggian yang dicapai pada minggu lalu.

Seterusnya, zon rintangan pada 2070.00 akan menjadi tumpuan untuk diuji pada corak kenaikan yang masih berjaya dikekalkan.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat