Analisis GOLD – Tiada Petunjuk Jelas, Emas Kekal Berlegar Atas Paras $2,300

591

Pelabur emas masih lagi tercari-cari arah yang jelas untuk dagangan komoditi itu berikutan pergerakan harga yang mendatar dalam julat agak perlahan.

US dolar pada minggu sudah mula paparkan pengukuhan semula, namun sebenarnya masih dalam situasi yang bercampur.

Fokus kembali terarah kepada nada yang disampaikan pada kenyataan ahli-ahli Federal Reserve (Fed) berkenaan dasar monetari selepas berakhirnya mesyuarat FOMC minggu lalu.

Namun, menjadi amaran buat bank pusat berikutan laporan pekerjaan NFP yang diterbitkan hadir dengan angka yang merosot.

Petunjuk seterusnya akan diperoleh menerusi data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada minggu hadapan.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, pergerakan harga masih lagi berlegar di atas zon 2300.00.

Paras ketinggian sekitar 2330.00 berjaya dicapai pada kenaikan di awal minggu, namun momentum gagal diteruskan.

Pergerakan harga yang mula berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta XAU/USD itu turut menjadi amaran awal untuk risiko kejatuhan harga emas.

Harga yang susut di bawah paras 2300.00 akan menguatkan jangkaan untuk corak penurunan diteruskan.

Paras terendah terbaru akan dicatatkan dengan sasaran terhampir harga berada pada sekitar 2270.00.

Namun jika harga berjaya paparkan lonjakan selepas ini, paras tumpuan sebelum ini seperti 2350.00 akan diuji sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan.

Rekod tertinggi harga kekal pada 2430.00 yang telah dicapai pada awal April lalu.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat