Analisis GOLD – USD Tersungkur, Harga Emas Mula Mendaki

1,262

Situasi semasa US dolar menjadi pemacu pergerakan harga emas ketika menuju dagangan penghujung minggu ini.

Membuatkan US dolar hilang tarikan apabila pasaran meneliti dan memberi reaksi terhadap laporan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan di sesi New York semalam.

Agak mengejutkan dengan perbezaan angka yang ketara, bacaan awal bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS untuk suku pertama 2024 adalah perlahan pada 1.6% berbanding ramalan 2.5%.

Angka tersebut juga adalah jauh lebih rendah berbanding catatan suku keempat 2023 lalu iaitu 3.5% dan merupakan bacaan paling perlahan sejak separuh tahun pertama 2022.

Dengan penyusutan US dolar ini telah memberi lebih ruang kepada emas untuk didagangkan meningkat sehingga hari ini (Jumaat).

Namun pelabur waspada nantikan data petunjuk seterusnya di sesi New York sebentar lagi iaitu indeks harga PCE yang mengukur perbelanjaan peribadi pengguna AS.

Meneliti carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, corak mendatar dipaparkan sejak Rabu lalu sehingga semalam.

Harga meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut dengan paras ketinggian dicapai semalam adalah sekitar 2344.00.

Corak kenaikan perlahan dipaparkan hari ini sejak bermula pembukaan sesi Asia sehingga bersambung ke sesi Eropah dengan ketinggian semasa mencapai 2350.00.

Pergerakan harga emas dijangka lebih rancak di sesi berikutnya dengan harga akan memberi reaksi terhadap data yang diterbitkan.

Jika harga meneruskan kenaikan lebih tinggi, lonjakan harga akan memacu arah menuju semula paras-paras ketinggian pada minggu sebelum ini.

Rekod tertinggi harga emas kekal pada 2430.00 yang dicapai pada 12 April lalu dan menanti untuk dicabar.

Jika sebaliknya harga menjunam jatuh, zon sokongan semasa buat emas adalah pada 2300.00 yang bakal diuji sekali lagi.

Gagal menyokong kenaikan semula harga, berkemungkinan zon tersebut ditembusi dan pelabur akan menyaksikan pergerakan bearish diteruskan menuju sasaran sekitar 2270.00 atau lebih rendah.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat