Analisis GOLD – Walau Perlahan, Harga Emas Masih Cuba Mendaki

895

Emas didagangkan mendatar untuk ‘berehat’ sebentar semalam selepas memaparkan corak kenaikan harga untuk dua hari berturut-turut.

Pelabur masih berwaspada sehingga ke penghujung minggu ini terhadap mata wang US dolar yang didagangkan tak menentu, mempengaruhi turun naik nilai emas dalam pasaran.

Pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga dilihat mendatar di atas paras 1830.00 pada Khamis semalam.

Namun, pada pergerakan di rangka masa 1 jam, harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang memberi keyakinan kepada pelabur bahawa dagangan emas masih berpotensi meneruskan corak kenaikan.

Peningkatan diteruskan harga menyambung dagangan hari ini (Jumaat) menguji paras ketinggian dicapai pada Rabu lalu sekitar 1845.00 di sesi Eropah.

Dengan corak yang dipaparkan, kenaikan berkemungkinan akan diteruskan harga pada sesi berikutnya untuk menuju sasaran 1870.00.

Ketinggian tersebut dijangka untuk dicapai pada minggu hadapan sekiranya corak kenaikan tersebut masih berjaya dikekalkan.

Namun jika situasi berubah, pelabur akan menilai petanda-petanda untuk kejatuhan semula harga emas.

Susut di bawah paras sokongan MA50 akan kembali menguji paras penting 1830.00 yang ketika ini masih menjadi support buat harga emas.

Penurunan lebih rendah jika diteruskan akan menuju ke sekitar 1820.00 sebelum menjejak semula paras sokongan terendah pada 1805.00 atau menghampiri 1800.00.

Di sesi dagangan terakhir minggu ini, pelabur akan memberi tumpuan pada terbitan data tinjauan ISM sektor perkhidmatan Amerika Syarikat yang bakal memberi kesan terhadap US dolar dan juga mempengaruhi pergerakan emas semasa.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat