Analisis Teknikal AUD/JPY – Timeframe H1 – 16/8/2018

551

Data pengangguran di Australia yang mencatatkan bacaan menurun jauh lebih baik berbanding jangkaan bank pusat, dilihat sebagai tanda positif bagi matawang AUD.

Aussie yang sebelum ini didagangkan lemah turut mendapat manfaat daripada isu perdagangan AS-China yang semakin stabil. Menteri China akan bertemu dengan Setiausaha di bawah perbendaharaan AS untuk membuat rundingan perdagangan.

Namun berita positif bagi matawang AUD ini tidak memberi kelebihan terhadap matawang JPY yang menyaksikan JPY melemah ketika ini berbanding matawang-matawang utama yang lain.

Dari segi teknikal, AUDJPY dilihat antara salah satu pasangan matawang yang sesuai untuk didagangkan berdasarkan sentimen pasaran global buat masa ini kerana faktor matawang-matawang ini yang bergerak berlawanan, namun perlu ditapis juga dengan isu-isu semasa yang lain.

AUDJPY semalam dilihat membuat sedikit penurunan ke paras support 79.70, namun harga mencatatkan kenaikan pada sesi pasaran Asia pagi ini setelah data pekerjaan dan pengangguran di Australia dikeluarkan.

Harga semasa setakat jam 4.50 petang ini di sekitar paras support 80.565 dan Moving Average 100 (MA100) dan jika harga membuat penurunan serta berjaya menembusi (breakout) pada paras support 79.70, tumpuan adalah pada support 78.80. Namun sebaliknya jika AUD terus mengukuh dan sentimen semasa kembali berisiko, berkemungkinan harga mencatatkan kenaikan dan mampu mencapai paras resistance sebelum ini di sekitar 82.075.

Paras support: 79.693, 79.257, 78.821.
Paras resistance: 80.565, 81.001, 81.437.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat