Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 1/2/2019

153

Matawang dolar AUD membuat kenaikan pada chart pasangan matawang AUD/USD untuk sesi dagangan Khamis bagi mengukuhkan nilai dagangan berbanding dolar USD. Kenaikan harga hampir mencecah paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sebelum USD kembali mengukuh pada sesi pasaran New York dan menekan semula harga selepas data jualan rumah baru di Amerika Syarikat yang memberangsangkan. Tambahan lagi, data ekonomi China awal pagi tadi iaitu bacaan PMI perkilangan Caixin turut mencatatkan angka yang lebih rendah daripada jangkaan penurunan.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat menyambung semula penurunan pada sesi sebelumnya dan turun lebih rendah dari paras Magic Pivot 0.7268 hari ini. Harga kemudian turun lebih rendah lagi sehingga ke paras support 0.7241 (MagicS1) hampir menjelang pembukaan sesi pasaran Eropah. Jika harga meneruskan penurunan, harga bakal menguji paras tumpuan di sekitar 0.7215 (MagicS2) yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support). Dan sekiranya harga berjaya tembusi zon tersebut, jangkaan paras support pada 0.7187 (MagicS3) bakal menjadi destinasi tumpuan harga seterusnya.

Namun, jika harga kembali melonjak semula dan melepasi kenaikan melebihi paras Magic Pivot 0.7268, berkemungkinan harga akan kembali meneruskan semula kenaikan pada sesi dagangan sebelum ini. Harga bakal menguji dahulu paras resistance 0.7295 (MagicR1) iaitu paras ketinggian yang dicapai harga semalam. Kemudian, kenaikan harga akan diteruskan ke paras resistance yang lebih tinggi sekitar 0.7322 (MagicR2) untuk harga mencatatkan paras ketinggian yang baru. Dan sedikit lagi kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan menyentuh paras resistance yang berada di paras 0.7349 (MagicR3).

Pantau sentimen pasaran semasa yang mempengaruhi dagangan Aussie dan beri tumpuan pada rundingan AS-China yang dilaporkan akan diadakan lagi beberapa kali selepas ini. Terus menggunakan indicator Moshed Magic Line pada chart AUD/USD anda untuk mencari posisi terbaik dagangan setiap hari.

Paras support: 0.7241, 0.7215, 0.7187.

Paras resistance: 0.7295, 0.7322, 0.7349.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat