Analisis Teknikal AUD/USD – Timeframe H1 – 25/9/2018

245

Pergerakan harga yang sedikit menurun direkodkan pada pasangan matawang AUD/USD untuk dagangan semalam. Harga dilihat bergerak rendah dari paras Magic Pivot semalam dan membuat penurunan melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line. Julat pergerakan harga bagi AUD/USD semalam hanya sekitar 30 pips sahaja. Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga bergerak menyentuh paras Magic Pivot 0.7260 hari ini dan membuat penurunan ke paras support 0.7239 (MagicS1) dan harga semasa didagangkan di paras 0.7250 setakat jam 3.10 petang.

Jika harga tidak berjaya menembusi (breakout) paras Magic Pivot 0.7260, harga dijangka akan membuat penurunan ke paras lebih rendah melepasi paras support MagicS1 dan juga paras support 0.7228 (MagicS2) yang berdekatan. Kedua-dua paras support tersebut dilihat berada pada paras zon RBS (resistance become support) yang diuji harga. Jika harga berjaya menembusi zon RBS tersebut, harga dijangka akan menuju ke paras support yang lebih rendah berkemungkinan di paras 0.7207 (MagicS3).

Sebaliknya, jika harga kembali mendapat momentum kenaikan yang dibuat pada minggu lalu, harga dijangka akan membuat kenaikan melepasi (breakout) paras Magic Pivot dan juga paras resistance 0.7271 (MagicR1). Seterusnya, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance 0.7292 (MagicR2) jika harga masih meneruskan kenaikan. Dan paras resistance 0.7303 (MagicR3) adalah paras yang akan menjadi tumpuan harga di mana pasaran ingin melihat sama ada harga berjaya atau tidak untuk membuat Higher High yang baru melepasi paras ketinggian yang dicapai pada Jumaat lalu.

Pastikan anda mencari posisi yang terbaik untuk trade pada pair AUD/USD ini. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda menentukan paras support dan resistance terbaik pada chart anda.

 

Paras support: 0.7239, 0.7228, 0.7207.

Paras resistance: 0.7271, 0.7292, 0.7303.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat