Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 12/9/2018

906

Pergerakan harga bagi pasangan matawang EUR/USD pada dagangan semalam dilihat cuba untuk menguji SBR (support become resistance) pada paras 1.16500 namun tidak berjaya menembusi (breakout) paras tersebut dan juga terdapat resistance (MagicR1) pada Moshed Magic Line di situ, sebelum harga membuat terjunan dan kembali semula ke paras daily pivot semalam. Pada sesi pasaran Asia dibuka hari ini, pergerakan harga agak perlahan dan sedikit menurun dan berada di bawah paras daily pivot 1.1606 hari ini dan harga semasa bergerak di sekitar paras 1.15900 setakat jam 2.40 petang. Jika harga terus didagangkan lemah, harga dilihat akan menuju ke paras support terdekat di paras 1.1566 (MagicS1) dan seterusnya ke major support di 1.15300 dimana paras itu juga dilihat hampir dengan support 1.1527 (MagicS2). Jika harga mampu breakout paras support 1.15300 dan support MagicS2, kemungkinan paras yang akan dicapai adalah pada support 1.1487 (MagicS3).

Sebaliknya, jika sentimen tidak menyokong pengukuhan matawang USD dan EURO membuat lonjakan harga, berkemungkinan harga akan membuat kenaikan dan bergerak di atas paras daily pivot dan menguji paras resistance MagicR1 dan juga zon SBR di zon harga 1.16500. Jika harga berjaya menembusi paras tersebut dan membuat kenaikan, harga dilihat akan menuju ke resistance terdekat di paras 1.1684 (MagicR2). Seterusnya, jika kenaikan harga diteruskan, tumpuan adalah pada major resistance di paras 1.17200 dimana paras tersebut juga adalah paras resistance Magic Line (MagicR3). Pasaran akan melihat sama ada harga mampu breakout paras resistance tersebut atau harga akan kembali membuat penurunan semula.

Teliti juga sentimen pasaran semasa dan juga berita-berita yang mempengaruhi pergerakan harga untuk disesuaikan ke dalam analisis teknikal anda. Perhatikan paras support dan resistance pada Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.1566, 1.1527, 1.1487.

Paras resistance: 1.1645, 1.1684, 1.1724.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat