Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 16/1/2019

263

Selain terpalit dengan penolakan pelan Brexit pada undian Parlimen semalam, EURO terus diberi tekanan oleh laporan pertumbuhan ekonomi di Jerman yang menguncup pada kadar terendah untuk ekonomi terbesar zon Eropah itu dalam tempoh lima tahun. Ini menguatkan lagi keraguan bank pusat Eropah untuk menaikkan kadar faedah pada tahun 2019. Dilihat semula pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk sesi dagangan semalam, harga yang menguji paras resistance MagicR1 yang berada pada zon SBR (support become resistance) kemudiannya telah menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot semalam sehingga melepasi ketiga-tiga paras support pada indicator Moshed Magic Line. Penurunan terendah dagangan harian mencecah ke paras sekitar 1.13810 pada penghujung sesi pasaran New York sebelum dagangan ditutup.

Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan dan dilihat berada lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.1428 hari ini. Jika harga turun lebih rendah lagi, harga dijangka akan menuju ke paras support pada 1.1365 (MagicS1). Seterusnya, penurunan harga yang diteruskan akan menguji pula paras tumpuan harga pada support 1.1319 (MagicS2). Dan sekiranya harga berjaya membuat penurunan ke paras lebih rendah, harga boleh mencecah penurunan ke paras sekitar 1.1257 (MagicS3).

Namun, jika EURO kembali mengukuh berbanding USD pada dagangan hari ini, harga berkemungkinan akan membuat kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot 1.1428 sebelum menguji paras resistance 1.1474 (MagicR1) yang berada pada zon SBR semasa pada chart EUR/USD. Harga yang berjaya breakout paras tersebut kemudiannya bakal menuju pula ke paras resistance 1.1537 (MagicR2) untuk harga menguji paras tumpuan tersebut. Seterusnya, harga yang masih mengekalkan momentum kenaikannya akan menuju pula ke paras resistance pada 1.1583 (MagicR3) untuk harga menguji paras ketinggian semasa yang dicapai pada dagangan Khamis minggu lalu.

Tumpuan pada petang ini adalah kepada data indeks harga pengguna di Jerman dan pada sebelah malam pula tumpuan akan terarah kepada data harga import barangan dan juga bekalan minyak mentah di Amerika Syarikat. Lihat pada paras penting yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mendapatkan idea terhadap kecenderungan arah pergerakan harga pada chart EUR/USD khususnya.

 

Paras support: 1.1365, 1.1319, 1.1257.

Paras resistance: 1.1474, 1.1537, 1.1583.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat