Analisis Teknikal EUR/USD – Timeframe H1 – 27/12/2018

242

Setelah didagangkan lemah sejak minggu lalu, matawang dollar USD kembali menunjukkan tanda-tanda positif setelah kenaikan pada nilai yang ditunjukkan pada dagangan semalam. USD kembali cuba mengukuh berikutan faktor data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan serta ketegangan perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China kembali reda semula. Dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/USD untuk dagangan semalam, harga bergerak membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot namun kembali pantul semula menguji paras tersebut pada dagangan sesi New York. Kemudiannya, pengukuhan USD telah menekan kembali harga sehingga turun melepasi paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.

Pada sesi pasaran Asia dagangan Khamis, harga yang didagangkan di sekitar paras tumpuan 1.13550 kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot 1.1371 hari ini dan dilihat menuju ke paras resistance 1.1400 (MagicR1). Jika harga terus membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut, jangkaan paras yang menjadi tumpuan harga seterusnya adalah berada di sekitar 1.1449 (MagicR2). Dan seterusnya, kenaikan harga yang diteruskan bakal menguji semula paras ketinggian yang diuji pada dagangan minggu lalu sekitar 1.1478 (MagicR3).

Namun, jika USD menyambung pengukuhan yang dilakukan pada dagangan semalam bakal melihatkan harga turun lebih rendah dari paras Magic Pivot semula dan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 1.1322 (MagicS1). Kemudian, harga dijangka akan meneruskan penurunan ke paras sekitar 1.1293 (MagicS2) dan jika harga berjaya mengatasi zon terendah semasa pada chart EUR/USD untuk bulan Disember ini sekitar 1.12700, harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru sekitar support 1.1244 (MagicS3).

Terus pantau ekonomi semasa AS dan juga perkembangan terbaru pada isu perang dagang yang kembali menjadi perhatian dalam pasaran. Lihat paras-paras tumpuan harga pada chart EUR/USD berpandukan kepada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.1322, 1.1293, 1.1244.

Paras resistance: 1.1400, 1.1449, 1.1478.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat